top of page

Perutusan Pengerusi KEPAK Pahang /

Maklumat Asas KEPAK Pahang

Perutusan KEPAK Pahang

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia

 

Alhamdulillah syukur kepada Allah, dengan limpah rahmatNya, Laman Web KEPAK Cawangan Pahang ini dapat diwujudkan. Semuga ianya dapat memberikan faedah yang berguna kepada kita semua bagi mencapai matlamat perjuangan dan cita-cita kita seperti berikut:

  • Memajukan kepentingan ahli dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

  • Meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.

  • Memajukan kebajikan ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan

  • Menganjurkan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah ahli-ahli Kesatuan

 

Pihak Kesatuan tidak akan bertanggungjawab jika terdapat penyalahgunaan maklumat atau penggunaan laman web / twitter / FB / Whatsapp yang disediakan ini. Sekian, terima kasih.

Maslor bin Maskom

Pengerusi KEPAK

Cawangan Pahang

Latar Belakang

 

Kesatuan Pegawai Eksekutif pertama kali ditubuhkan seawal tahun 1960 dengan nama Executive Officers Union oleh sekumpulan pekerja kerajaan yang mewakili penjawat jawatan kerajaan sebagai Senior Civillian Assistant dan Junior Civillian Assistant.

 

Pada tahun 1970, nama kesatuan ini ditukar kepada Kesatuan Pegawai Kerja Semenanjung Malaysia.

 

Nama Kesatuan Pegawai Kerja Semenanjung Malaysia kemudiannya ditukar kepada Kesatuan Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Awam SeMalaysia (KEPAK)

 

Bagi Kesatuan Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Awam SeMalaysia (KEPAK) Cawangan Pahang, AJK Pengurusan Bagi Sesi 2013/2015 telah dibuat pemilihan pada 30 Oktober 2014 mengandungi:

1. Pengerusi

2. Timbalan Pengerusi

3. Setiausaha

4. Penolong Setiausaha

5. Bendahari

6. AJK ( 6 Biro )

7. Pengerusi Daerah ( 11 Daerah ) 

Sila klik <  > pada gambar untuk gambar seterusnya

Pengerusi KEPAK Daerah

 

Pengerusi KEPAK Daerah Di Pahang Terdiri:

01. Daerah Kuantan

02. Daerah Temerloh

03. Daerah Bentong

04. Daerah Pekan

05. Daerah Lipis

06. Daerah Jerantut

07. Daerah Maran

08. Daerah Rompin

09. Daerah Raub

10. Daerah Bera

11. Cameron Highlands

 

AKTIVITI SEMASA
AKTIVITI TELAH DILAKSANAKAN

JAMUAN PERPISAHAN / PERSARAAN

 

Majlis perpisahan bagi Encik Hasbullah Bin Wahab PPT Pejabat SUK Pahang ke Jabatan Kesihatan Negeri Pahang pada 15/9/2014.

 

Jamuan bagi Encik Ismail Abu Bakar PPT Pejabat SUK Pahang sempena persaraannya pada 6/10/2014.

 

29/10/2013

KONVENSYEN PPT

 

Persidangan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang di Langkawi Kedah

PERTANDINGAN BOLING TAHUN 2014

Pertandingan Boling Tahun 2014 PPT Pahang  telah diadakan pada 13 Disember 2014 bertempat di Kuantan, Pahang.

 

MESYUARAT KESATUAN KEPAK PAHANG

 

Mesyuarat KEPAK Pahang Bil. 1/2015 telah diadakan pada 17 Januari 2015 di Kuantan Pahang

25/4/2014

SEMINAR KESELAMATAN JALAN RAYA

 

Seminar keselamatan jalan raya anjuran bersama JKJR dengan Pejabat SUK Pahang bagi Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang di Cameron Highland

HUBUNGI KAMI

Alamat:

 

Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang
d/a  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
       Tingkat 2 Blok B,Wisma Sri Pahang,
       25503 Kuantan

 

No. Telefon: 09-5126662
E-mail        : kepakphg@gmail.com

 

 

© 2015 OLEH KEPAK PAHANG. 

bottom of page